Mathematics

Tingkatan 3
Assalamualaikum and hi. Mathematics? Yes. Mathematics. For your information, i got D for my Mathematics subject in pt3. I was so disappointed! Mana taknya, dalam kelas matematik aku tidur. Cikgu suruh buat latihan, aku tidur. Cikgu mengajar, aku tidur. Dengan ada masalah peribadi lagi, aku memang down habis seminggu sebelum pt3 tu. Aku tak study apa pun seminggu sebelum pt3 tu, tapi if ada kelas tambahan cikgu buat, aku pergi. Memang padan dengan muka aku, tak usaha maka tiadalah hasilnya. Tapi ini bukan cerita yang aku nak cerita. 

Tingkatan 4
Aku pindah sekolah asrama. Aku ingat masa dah naik tingkatan 4 ni, aku nak skor Mathematics sebab mak ayah aku tak hirau subject lain aku dapat A, apa yang mereka kisah dua subject ni, Science dan Mathematics. Tapi harapan aku musnah bila cikgu cakap tingkatan 4 ni banyak topik diambil dari tingkatan 3 macam bulatan apa semua. Lagi sekali aku down sebab basic Mathematics untuk tingkatan 3 pun aku tak tahu. Exam selaras satu, exam selaras dua, exam tengah tahun, exam akhir tahun, aku gagal Mathematics dan kalau lulus pun aku dapat 41% je mungkin itu pun aku rasa dua kali je. Masa ni aku tak risau sangat sebab yelah bagi students, tingkatan 4 adalah tahun honeymoon. 

Tingkatan 5
Masa ujian selaras satu, aku dapat gagal sekali lagi. Masa ni aku dah mula down sangat sebab kawan kawan rapat aku lulus. Kk lulus! Ara lulus! Ara jangan cakaplah, Mathematics ni makanan dia. Aku call ayah aku, aku mengadu kat dia kata aku gagal Mathematics, aku gagal Prinsip Akaun dan for sure aku gagal Additional Mathematics. Aku tanya ayah, macam mana nak buat? Ayah kata, "baru awal tahun, masih boleh usahakan lagi, awal-awal ni fokus subjek yang susah, nanti nak dekat dengan spm baru fokus yang senang dan subjek yang yakin boleh skor.

Maka aku pun ikut nasihat ayah, awal tahun, aku study Mathematics je sebab aku suka subject ni, Prinsip Akaun dengan Additional Mathematics aku tolak tepi. Ramai kata subject Mathematics ni sangat susah dan bosan apa semua. Jadi aku buat subject Mathematics ni tak susah! How? Ok macam ni.

1) Lepas solat asar dalam pukul 4;30 petang, aku akan terus duduk di wakaf bawah berdekatan dengan padang atau aku akan pergi ambil makanan dekat dewan makan dan makan di wakaf tu. Kenapa aku pilih padang? Sebab pemandangan hijau elok untuk mata(kononnya) dan waktu petang ramai aspura aspuri beriadah jadi sambil aku belajar sambil aku boleh gelak ketawa tengok gelagat mereka(aku jenis rapat dgn junior tak kiralah aspura aspuri jadi aku tak segan sgt dengan mereka). Masa ni kau boleh nampak budak budak asrama terjun kolam ikan, main simbah air longkang dan macam-macam lagi.

2) Aku akan ajak orang teman aku untuk ajar aku dan orangnya tak lain dan tak bukan ialah Ara. Jadi sambil aku belajar dengan Ara, sambil tu aku boleh borak dengan dia.

3) Aku akan buat latihan di buku past years question yang ada jawapan siap jalan kerja maka bermulalah sesi aku selak soalan dan sekaligus selak jawapan(ni salah satu cara untuk belajar dengan melihat jalan kerja).

4) Kalau nasib aku bertuah haritu, aku boleh tanya jawapan dari pakar pakar Mathematics tak lain tak bukan kawan kawan aku sendiri. Biasalah, budak-budak pandai suka belajar dekat perpustakaan, jadi masa mereka balik asrama, aku jerit suruh mereka singgah wakaf untuk ajar aku. Selain dapat ilmu, aku pun dapatlah bermesra dengan mereka(kononnya eratkan silaturahim). Terima kasih korang!

5) Aku ada baca satu artikel yang menagata waktu petang waktu yang banyak oksigen maka sesuai sangat untuk membuat latihan kira-kira ni, 4pm-6pm(if i am not mistaken lah). Sebabtulah lepas asar aku straight duduk wakaf sampai pukul 6pm, baru aku naik dorm bersihkan diri.

Alhamdulilah, aku berjaya latih diri aku buat latihan Mathematics ni dalam 6 bulan mungkin? Walaupun tak dilakukan secara setiap hari tapi aku akan pastikan satu minggu 2-3 kali aku hadap latihan Mathematics ni. Syukur, usaha aku membuahkan hasil. Kalau masa ujian selaras satu aku gagal, ujian selaras dua aku dapat 54%, syukur tak terhingga aku, daripada gagal ke gred C. Dan lagi sekali aku bersyukur sebab aku dapat 72% semasa percubaan spm aku. Aku gembira gila sebab usaha aku membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan. Aku harap keputusan Mathematics aku pada slip spm pun akan cemerlang juga.

Kepada sesiapa yang rasa dia tak boleh, usaha dan terus usaha kerana usaha anda akan membuahkan hasil :)


2017


assalamualaikum and hi. this 2017 will be tough year for me because i need to face new environment which is i am no idea how it will be but inshaAllah everything will be ok! and pray for me this march, my spm result will come out and i hope i can make my family proud.